Its always be the best memories when we know each other.
Same goes with these buddies.
Pangkor Island, short escape :)
Total buddies: 10 + 1
Total budget: ±RM150
Happiness: Infinite
Sebenarnya macam mustahil nak pergi vacation dengan bajet ciput, bawah RM200. Perancangan kena mantap dan kena ada backup plan. Sehari sebelum gerak ke Pangkor, aku dan rancang dengan geng lepak 1.0 aku untuk pergi teluk batik. Semestinya akan ganggu bajet aku yang dah memang sikit. So, untuk kurangkan bajet dan jimatkan masa, kami putuskan untuk pergi hari bekerja, kiranya tak pergi hari minggu. Tak bosan ke? Tak, sebab ada diorang ni untuk ceriakan trip ni.
Pagi isnin, gerak dari ipoh, dengan member aku, bertiga. Sebelum gerak mestilah sarapan dulu kan? So, sarapan pagi tu dengan roti telur goyang [sedap yaAllah] dengan mineral (RM6). Satu lagi kereta gerak dari Bangi, berlima dan pickup seorang lagi member aku dengan teluk intan. so total enam orang. Lagi 2 orang kawan aku tunggu dekat manjung.
Roti Bakar Sedap
Kereta 1: Ipoh > Manjung > Jeti Marina
Kereta 2: Bangi > KTM UKM > Seri Kembangan > Teluk Intan > Jeti Marina
:: Jelas sekali, Kereta 1 lagi pendek jarak perjalanannya
Jadi, kitorang target nak sampai Jeti before 1pm sebab nak check in awal, tapi ye lah, kita cuma merancang, sampai jeti dah 2pm lebih sikit. Tapi takpa, delay sikit je kan, sampai je terus pergi beli tiket feri pergi balik (RM14), so lepas je beli tiket terus naik feri sebab tak ramai orang yelah hari kerja kan. So, dari Jeti Marina > Jeti Pangkor ambil masa dalam ±35 minit. Time ni agak riuh sebab yelah dah ±4 bulan tak jumpa sedangkan sebelum ni hari-hari pandang muka masing-masing. Sampai je jeti Pangkor, terus cari van pink sebab nak pergi chalet. So, dengan bermodalkan ayat-ayat manis kawan aku, dapatlah tambang RM22 untuk satu van (RM2/pax).
Masa on the way nak ke chalet, pakcik driver tanya, Teluk Nipah belah mana ye? terus gelabah, eh Teluk Nipah ada lama, ada baru ke? Then Terus call Puan Aisha, owner chalet yang nak duduk tu. Oh, kitorang tak book bilik before this, tapi ada lah contact tanya harga semua. So, time aku call untuk tanya Teluk Nipah lama atau baru ni lah, baru aku book. So, since kitorang total 11 orang, (5 perempuan, 6 lelaki) dan ini adalah trip bajet, so, aku book 1 chalet room for girls dan 1 family room for guys. Chalet room RM100 and family room RM150 jadi total RM500 untuk dua malam.
Setibanya kitorang dekat Pangkor Inn Chalet [http://pangkorinnchalet.blogspot.com/] kepunyaan Puan Aisha, kami disambut oleh Pak Man. adlah sikit kekalutan yang berlaku, Pak Man bagitahu, Family room jauh dibelakang, tapi Chalet Room dekat depan sekali. Pak Man tanya, kalau setuju, dia boleh bagi 3 Chalet room dengan harga yang sama -RM500 untuk dua malam. Kiranya diskaun RM100. Jadi, kami setuju jelah memandangkan lebih mudah dan tak buang masa kalau nak tunggu semua bersiap. Pembahagian bilik: 1 Chalet fot 5 girls, 2 chalet for 6 boys. (1 Queen bed, 2 tilam single, pillows). Macam tak adil kan? Haha, kata nak jimat bajet, lagipun chalet room tu, even duduk 5 orang pun still selesa, so penginapan cuma RM500 bagi 2 malam untuk 11 orang. (RM45.45)
So, kami pun bergegaslah pulang ke ganggang [eceh] memandangkan sewa moto cuma sejam je kan. Balik chalet dengan bahan yang dibeli. Dan minta tolong kawan lelaki untuk pergi pekan beli ayam esok pagi. [HAHAHAHA gelak jahat] Aku memang tak lah pergi awal pagi, girls yang lain pun taknak pergi. Disebabkan BBQ tu nak makan malam esoknya so, masih ada masa untuk perak kalau beli ayam pagi esok. Before balik chalet, kami jalan-jalan tepi pantai dulu, bergambar bagai. Dah habis bergambar baru perasan geng lelaki semua tengah berendam dalam laut. Tak join sebab dah nak senja.
Acah comel je ni.
Menara tinjau tepi lereng.
Excitednya semua orang.
Next? Part Two
Comments