#83 ; MSK UniMAP lit af !

Assalamualaikum,

Hey gais. im back. Fuhh, bermacam pancaroba kena lalui bila dah masuk uni ni rupanya. Dulu time sekolah, kemain lagi, 'cepatlah habis belajaq', 'kalaulah belajaq macam kat uni ja', 'tak sabaq lah nak study kat uni, mesti rilex'. Ahh, segalanya dusta belaka. school life paling best weh. jangan sia-siakan school life hampa semua.

So, nak cerita pasal MSK UniMAP, Minggu Suai Kenal pelajar baharu  UniMAP. Ala, macam orientasi, bukan orientasi macam kat sekolah tu. Tujuan utama, nak terangkan kat pelajar-pelajar baharu ni tentang UniMAP. UniMAP ni bukan calang-calang uni weh. Yang sampai kat blog ni sebab search UniMAP tu, jangan batalkan niat hampa, mai ja UniMAP, UniMAP best weh, surrounding dia tenang, lagi pun Perlis ni tak ada jem jem ni. highway smooth ja, jalan kampung pun sama smooth weh.

Aku, intake 2017/2018. MSK berjalan dari 26/8-30/8. bermula dari daftar 26/8 tu, petangnya dah mula segala macam taklimat. All those taklimat tu, hampa jangan lena pulak. Ye, tahu, dah 4-5 bulan duduk rumah mengulor je, bila dengaq taklimat memang mata cepat je layu tapi jangan lena weh, kalau nak take nap 5-10 min takpa, tapi jangan lah lentok teruk sangat macam orang patah tengkuk.

Daftar, awal pagi. Parent aku memang akan pastikan takkan sampai lambat sebab ayah aku memang tak suka hadap kereta banyak. Dulu time daftar kat matrik pukul 5.45 pagi gerak dari rumah sampai sana around 8 ja. memang antara yang terawal tiba. Tapi kami ni kitorang gerak ke Perlis a day before and menginap dekat Barakah Homestay kut kalau tak silap. Homestay dia macam rumah kampung. rm160-rm180 per night. berbaloi weh, boleh duduk satu family besaaq weh.

Time daftar, nampak ramai sangat orang weh, tunggu lama tu takdak lah lama sangat adalah dalam sejam 45 minit. tapi in shaa allah smoooth je, once dah masuk dalam Dewan Ilmu, everything gonna be fine. kalau tertinggal surat tawaran ke ada tak sahkan ke atau belum bayar yuran, ada kaunter-kaunter dekat dalam tu, jangan risau, jangan gelabah. However, aku nasihatkan hampa semua untuk, selesaikan urusan ni sebelum daftar lah, kalau tak kalut sikit. Aku daftar haritu, Alhamdulillah, tak sampai 10 minit pun dalam Dewan Ilmu tu. terus boleh pergi KK(Kolej Kediaman) untuk ambik kunci.

Urusan daftar KK pun, smooth jugak, pihak UniMAP dah buat laluan A dan B untuk ke KK tertentu.
-Laluan A untuk ke Pauh Putra (BUMITA)
-Laluan B untuk ke KK Tunku Abdul Rahman (PFi1), KK Tun Abdul Razak (PFi2)

UniMAP ada 3 KK je? Tak. UniMAP ada 6 KK. Tapi 3 KK ni je yang ada dekat Kampus Tetap UniMAP, dekat Ulu Pauh ni. Since semua aktiviti MSK dijalankan dekat Dewan Ilmu, So, semua stusent baru stay dekat kampus tetap sampai habis MSK. KK UniMAP ni dibahagikan ikut fakulti. (Kalau nak tahu pasal fakulti dan kos, do ask me). Another 3 KK:

*KK Tun Aishah Ghani (KKTAG), Wang Ulu
  (antara KK terawal UniMAP)
*KK Tun Dr Ismail, Simpang 4
  (tak ambik intake first year untuk sesi 17/18)
*Uniciti alam, Sg Chuchuh
  (dekat gila dengan Padang Besar)

Trick nak dapat  rumah aras 1, daftar awal.

And hampa jangan risau sebab UniMAP sediakan 100%  penempatan untuk student dia. So, takboleh duduk luar? Boleh, kalau hampa..

1. Anak Perlis
2. Dah berkahwin / berkeluarga
3. Ada masalah kesihatan yang memerlukan hampa duduk luar.

Selain yang atas ni, memang susah nak mohon kebenaran duduk luar.

MSK UniMAP mungkin pada pandangan orang lain tak se-power uni uni lain. Kalau nak banding dengan UPM, UM, USM, memang jauh bezanya, tapi kalau nak kondem pasal pengurusan masa, rasanya semua orientasi akan drag masa at the end of the day. Korang tahu kenapa? Bayangkan satu majlis ada 2000 orang, yang handle cuma about 50-100 people. Lain orang lain ragam, Ada yang just iut flow ada yang banyak ragam. Ye, bukan senang nak puaskan hati semua orang. kalau dapat puaskan hati majoriti pun dah cukup kan?

Pergerakan student mungkin nampak tak teratur sepenuhnya, tapi tak ada student yang bergerak balik bilik dari Dewan Ilmu lepas habis program berjalan kaki. semua naik bas, PPMS (Pembantu Pelajar Minggu Suaikenal) aka fasilitator is there to help you, they are willing to. Appreciate them.
Aku ada dengar, ada orientasi yang student tak sempat makan, yang student tak diberi makan pun ada, tapi MSK UniMAP 17/18 tak ada masalah pun pasal makanan. How grateful we are?

So, overall, MSK takde pressure.
Oh, time MSK jugak ada daftar kursus (register course), pembahagian RPS (prog mentor mentee), pemberian cenderahati (Tshirt UniMAP, Kemeja F1 UniMAP, jaket UniMAP, lanyard, beg), dan mungkin time MSK lah kali pertama dan terakhir korang nak pergi surau UniMAP.

*Cari kawan time MSK, abaikan istilah 'aku boleh hidup sorang' tapi jangan terlalu attach dengan certain certain person. Sebab nanti kalau hampa lupa something, kawan hampa tu boleh ingatkan hampa.

Comments

Anonymous said…
Pretty! This has been an extremely wonderful post. Thank
you for supplying this information.