#84 ; Biomedical Electronics Engineering UniMAP

Assalamualaikum,

Biomedical Electronics Engineering atau Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan atau Biomed for short. Aku, student biomed untuk sem 1, year 1. Time aku taip ni, baru 3 minggu kelas. Still freshie. Haha. Masih muda, masih mentah. tapi aku still nak share apa itu biomed UniMAP.

Actually aku pun malas nak update blog ni tapi memikirkan nasib aku dulu, aku rajinkan jugak. Nak tahu? Aku dulu search almost everyday ' Biomedical Electronics Engineering ' lah, ' Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan ' 'Bioperubatan UniMAP' lah. tapi tak jumpa pun blog atau any entry. tapi ada terjumpa satu blog ni, blog kak Alyaa tapi tak banyak input, so terpaksa tebalkan muka pergi DM kak Alyaa kat twitter. Aku search RK85 dekat twitter and jumpa twitter Abang Roxa :) Try and berharap depa nak layan soalan soalan tak matang aku. Tapi, dari depa lah aku dapat tahu banyak benda pasal RK 85 Biomedical Electronic Eng. ni.

So, untuk first sem first year, hampa akan belajar :

Engineering Core:
ENT114 - Circuit Theory
ECT111 - Engineering Skills
Non-Engineering:
EQT101 - Engineering Mathematics
ENT120 - Computer Programming
UUT122 - Skill and Technology in Communication

University Required:
UUW233 - Islamic and Asian Civilization (TITAS)
UZWxxx - Co-Curriculum
UVA111 - Foundation English
   *Untuk student MUET Band 1 dan 2 sahaja.
Sem 1, banyak belajar subject more to physics. Kalau yang background biologi macam Modul 3 Matrikulasi, jangan takut, subject ni still boleh skor. Bagi student yang sebelum ni Modul 1 Matrikulasi atau asasi sains Uitm atau PASUM ke hampa mungkin takutkan computer programming atau engineering skills sebab banyak guna computer dan mungkin sebab kena belajaq benda baru.

Macam aku cakap tadi, subjects ni mungkin baru, tapi boleh skor sebab kita semua power. kalau dari modul 3 nak rendah diri sebab rasa tak cukup ilmu di dada, hampa ingat budak-buak modul 2 ni ingat ka apa yang depa pernah belajar dulu.

Student yang ada physics background, MOHON SKOR SEM 1. Sebab sem 2 nanti hampa akan jumpa anatomy and physiology yang mana hampa kena belajar balik biology yang hampa dah semadikan tu.

Hampa kena tahu yang kos RK85 - Biomedical Electronics Engineering ni half Biology, half engineering. But macam mana sekalipun hampa takboleh masuk bidang perubatan, kalau ambik kos ni sebab tak jadi doktor, hampa salah. Tapi kemungkinan hampa nak kerja kat hospital tu ada. As Engineering or Technician.
Stay focus on what you are aiming, strive for a success !

Comments

Unknown said…
Biomedical electronic engineering sama ke dgn biomedical engineering? Sorry sounds silly but im a lil bit confuse
Anonymous said…
Hai,seronok baca blog awak😊maaf bertanya course ni selalu/ada guna laptop ke?
Rul said…
Biomedical electronic engineering sama je dengan biomedical engineering kalau tak silap.


Ya, course ni banyak jugak guna laptop. Kalau ada laptop is way better. Tapi fakulti pun ada juga sediakan pc cuma takut tak selesa je plus kena settlekan kerja ontime masa kelas jugak.