#77 ; Majlis Apresiasi Akademik, 20 April

Assalamualaikum,

Pagiku dimulakan dengan rempit di jalan besar yang sesak dek kerana waktu kerja yang bakal bermula dan aku sudah kelewatan kerana anak sedara aku malas bangun pagi. Waktu daftar 7.30 dan 7.40 baru aku keluar rumah, Rempit dia lain macam sikit sebab kain aku ketat, time rempit ni tudung tok sah kata la, memang haru aa. :(

Kalau dulu, kita panggil Majlis Anugerah, tapi sekarang dah tukar. Majlis Apresisasi Akademik. Fuyoo. nama macam gah sikit. Aturcara masih macam tahun tahun lepas. Ucapan. Terima anugerah. Makan. Balik.
Selalunya time ucapan ada jugak lah aku dengar, tapi kali ni langsung tak fokus. Aku fokuskan  minda aku pada biskut coklat Jannah je. HAHAHA. Kalau ikut aturcara yang dalam booklet tu, penerima anugerah cemerlang SPM2015 naik last sekali sebab waktu kemuncak lah kononnya, tapi alih-2 kitorang yg naik dulu. Sebab perasmi ada meeting.

Sepanjang aku duduk dekat kerusi penerima anugerah banyak lah sesi campak balik dan throwback dari kawan-2. Banyak jugak soalan-2 yang berunsur ilmiah yang ditanyakan. Em, ilmiah ke? Tapi yang paling femes soalannya, 

"Hang dapat matrik ke form 6?"
"Dapat dekat mana?"
"Nak pergi ke tak?"
"Dapat pergi ukcg ipg tak?"
"Ukcg dekat campus mana?"
"Ukcg lepas tak?"
Bukan kawan-2 je tanya, cikgu, mak kawan, ayah kawan. semua lah. hahah. Aku pun jawab dengan senyuman penuh ikhlas. Haha, ye lah, dah orang tanya kan takkan tak jawab pulak. Aku beritahu lah yang aku dapat pergi ukcg ipg dekat campus penang, tapi aku tak pergi, sebab aku tak larat nak lari. ahhahahah. lagi pun aku takminat nak jadi cikgu BM. Dan aku dapat matrik dekat KMPk, Gopeng. :')

Aku happy bila dapat kumpul balik, sembang, tukar cerita. "Akhirnya wei, tercapai jugak cita-2 kita nak datang majlis ni 3 tahun berturut-2." Ya, itu impian aku, 3 tahun berturut duduk dekat kerusi penerima anugerah dengan majlis anugerah. even dah tukar nama tapi feel dia, kau je yang rasa. Even tahun ni majlis ni macam ada lack sikit, tak macam tahun-2 lepas, aku rasa gembiraaa. Hati berbunga bunga.

Dengan Mama ♥

Comments