#85 : Before January 2018 Ends

WARNING ! EXTRA LONG POST ! PLEASE LEAVE IF YOU ARE NOT WILLING TO READ. THANK YOU.

Assalamulaikum, and Hello evelibadi!

Sebelum Januari 2018 melabuhkan tirai, rasanya belum terlewat untuk aku ceritakan perih dan jerihnya aku lalui semester pertama aku bergelar pelajar ijazah sarjana muda kejuruteraan elektronik bioperubatan. Last paper aku 6 Januari, ENT 114 - Circuit Theory. So, genaplah 21 hari aku tamatkan peperiksaan pertama aku dekat UniMAP.

First paper aku, Titas ( Tamadun Islam dan Tamadun Asia ), Aku tak boleh cakap aku perform atau tak tapi the struggle is real. Sebab course (subject) ni banyak membaca dan menghafal, so aku susah nak skor. Untuk esei, ada 3 soalan. Aku cuba cari info, baca pasal jihad, dan globalisasi. But, bila dapat kertas, tak ada soalan globalisasi, isi yang aku baca untuk jihad tak kena dengan soalan. Maka, secara mengkhinzir buta aku menggoreng soalan isu semasa iaitu isu dobi islam. Aku taktahulah gorengan aku tu menjadi ke tak ke atau hangit langsung takboleh guna. Keluar dewan exam memang dah stress sebab first paper pun dah hancur.

Second paper aku, EQT101 ( Mathematics ). Aku suka kiraan dalam mathematics walaupun aku seorang yang tekpernah terlepas dari silly careless mistake. Boleh dikatakan 80% of pengiraan aku akan ada mistake, and mistake yang paling annoying is salah simbol (+, -). Lemah betullah. Nak nak pulak bila jalan kira tu panjang macam laluan ETS padang besar ke gemas tu haa. Time midsem, ada soalan yang panjang dengan nonbor yang besar-besar, puluh ribu, lepas tu jawapan sampai satu page. Simple maths tapi kalau careless, habis lah. Oh, time exam everything going well except the last question sebab soalan tu soalan yang sangat-sangat sama (tukar value sahaja) dengan soalan terakhir revision aku yang aku tak siapkan sebab fedup dengan golongan yang pandai tapi acah. Sebab tak nak ajar, ajar kroni depa ja. So, end up aku tak jawab pun soalan tu.

Apa yang aku rasa bila aku tinggal soalan dalam exam is aku kecewa dengan diri sendiri and aku tahu, parent aku pun akan kecewa dengan aku, so aku berganda kecewa sebab
i. Tak dapat selesaikan apa yang aku patut selesaikan.
ii. Kecewakan parent aku.

Untuk Skill And Technology in Comm aku rasa lets skip this part sebab takda yang menarik. Em, susah sebab tak pandai goreng. habis jawab sejam pertama, goreng jawapan selama satu jam kemudian dan... Menung dan berharap jawapan akan muncul secara tiba tiba dan keajaiban akan berlaku. Haha. Keluar dewan 20 minit awal. Tu je.

ENT 120 Computer Programming. Antara yg killer i guess. Aku ada basic programming guna C++ coding sebab ambik Computer Science time matrix dulu. But since bila masuk UniMAP, programming guna C coding, mula-mula dulu terkial-kial jugak. Dah tak ada cin>>, cout<<. Guna scanf("  "), printf("  ") Dah sekarang. But syntax banyak yang lebih kurang. Belajar array, pointer, function, file processing dan structure. Benda baru, memang susah. So syntax untuk yang baru ni susah nak ingat. Sebab dekat matrix dulu banyak equation ja. Oh, kalau nak tahu, soalan programming aku, equation dia macam yang ini.

Bayangkan macam mana complecatednya bila nak convert kepada coding punya statement. Aku taktahulah berapa set of brackets ( ) yang aku guna. Hahaha.

Okay, last paper, the most pressure one. Kenapa pressure?
i. Tak minat.
ii. Tak reti macam mana nak belajar.
iii. Taktahu nak mula dari mana.
iv. Kawan yang dekat taknak ajar sebab alasannya depa pun nak study. 

The fourth one, kadang-kadang takboleh bawak bincang jugak but, bukan semua kawan macam tu. So bila aku rasa takboleh jawab, and aku memaang takboleh jawab. Aku tak confident pun dengan jawapan yang aku coretkan atas kertas exam tu. Taktahulah, kalau aku jadi lecturer, mesti sedih sebab jawapan macam tak pernah masuk kuliah. Aku takpernah pergi toilet kalau exam but itulah kali pertama aku pergi tandas waktu exam sebab memang blank gila-gila taktahu rasa nak balik ja. Dah lah last paper.

Sooooooo, i guess its the end of the story. Serious aa panjang macam ni aku typed. Okay gais gerak dulu.

Everytime aku kecewa, sedih dengan diri sendiri, or orang sekeliling aku, aku cuma bagitahu diri sendiri, everythings gonna be okay. Jangan down, you should go harder.

Comments