#89 ; Short Escape - Pangkor Island (Pt 2)

Its always be the best memories when we know each other.
Same goes with these buddies.

Pangkor Island, short escape :)
Total buddies: 10 + 1
Total budget: ±RM150
Happiness: Infinite

Belum baca first part? Part One

Day 2

8.30am, member lelaki aku ws cakap nak gerak ke pekan, so kami yang dekat chalet, masih rileks-rileks dalam kesejukan pendingin hawa chalet yang sebenarnya dah dimatikan sejak 5am lagi sebab member aku sejuk. Sebenarnya, lepas subuh aku hidupkan balik tapi dimatikan semula oleh orang yang sama. Tak kisahlah, memandangkan bilik air cuma satu, maka adalah persoalan 'siapa nak mandi dulu?'. Semestinya bukan aku sebab aku bagi ruang dan peluang kawan-kawan untuk bersiap. Tahu-tahu jelah perempuan ni kalau bersiap lama mana.

Lepas dah bersiap semua, member aku whatsapp bagitahu dah beli ayam 3 ekor (potong 16 sebab nak cepat masak), sosej 5 paket dengan arang sebeg. Baru teringat, siapa nak basuh ayam? Dah lah sampai 3 ekor. Terpaksalah berkorban cuci ayam sebab masing masing kalut nak bersiap, dan taknak lekat bau ayam. Masa tengah basuh ayam, member yang lain semua dah adu lapar, nak sarapan, so ada dua tiga orang yang keluar cari makanan untuk sarapan, ada yang teman (tolong tengok) aku cuci ayam, ada yang tolong bilas ayam. Rasa mak-mak sangat. Siap bilas, masuk bahan perapan ayam dalam besen. Resepi? Tiada. Main campak je lepas tu selawat sikit bagi sedap. Keep it secret. Settle perap ayam, and simpan dalam peti sejuk, (tumpang peti sejuk Pak Man).

Tibalah masa untuk aktiviti yang dinanti-nantikan, SNORKELLING! Ini je aktiviti air yang nak buat sebab takmampu nak naik jetski, dan yang lain takut nak naik bot pisang. Hasil tinjauan dan tawar menawar kawan aku, dapat pakej island hopping (5 islands) + snorkelling (include equipment) cuma RM150 untuk satu trip. Kalau dibandingkan dengan pilihan yang lain, yang ini paling murah. Kebanyakkan pakej yang lain cecah RM200 atau RM20/pax. Pakej yang kami dapat jimat ±RM6. Save budget. (RM13.60)





So, pergi snorkelling dari 11.30am-2pm itupun taknak balik tapi sebab dah terik sangat plus takut sunburn teruk baru ajak balik. View masa snorkeling best, sejujurnya takda lah gempak sangat macam dekat pulau-pulau lain, tapi banyak je ikan dekat situ, cuma kurang variasi. Untuk cari pengalaman pertama, not bad. Mula-mula banyak timun laut je tapi lepas daki bukit, dapatlah tengok ikan, bagi ikan makan. Cuma kena hati-hati sebab ada 2 jenis batu, batu licin sebab berlumut dengan batu tajam sebab lekat kulit kerang. Balik dari snorkeling tu baru sedar stokin, handsock semua koyak koyak sebab sagat dengan batu.



Otw balik ke teluk (dari tempat snokelling), kami diberitahu satu kawasan yang cantik untuk tengok matahari terbenam. Pemandangan dia cantik. Tapi kena jalan jauh sikit dari chalet untuk sampai dekat batu besar. Katanya, ramai pasangan yang tangkap gambar kenangan dekat situ. So, sebab kami datang untuk cipta kenangan apa salahnya mencuba kan? So, balik chalet, cari jajan sikit sebab lapar main air, bersihkan diri, solat, and rehat sebab letih gila main air tadi. Rehat disini adalah tidur setidur-tidurnya, selena-lenanya. Insan pertama yang tersedar petang tu, masa tu pukul 5.15pm dah. Tanya semua orang jadi tak pergi tengok sunset, masing-masing lemau je macam malas nak pergi sebab badan masih letih, ws member lelaki pun, masih ramai yang lena.

Memandangkan main purpose is nak cipta 1001 kenangan, terus decide 6.00pm tepat nak gerak pergi sana. Terus kabut bersiap (sain baju cantik-cantik) sebab nak tangkap gambar lawa-lawa banyak-banyak nanti. Masa atas bot, tak nampak jauh sangat pun, tapi masa otw tu masyaAllah, berapa kali mengeluh tak ingatlah sebab penat sangat, tak sampai-sampai pun. Masa tu, dah beritahu kawan, 'kalau view tak cantik ni menyesal teruk ni, banyak sangat lemak terbakar ni jalan jauh gini'. Kira macam jalan dekat persisir pantai tu, sampai kehujung persisiran dah, lepas tu, lalu depan tokong, redah semak sikit, langkah tunggul besar, lompat dari batu ke batu, akhirnya sampai jugak dekat batu besar tu. Maka, bermula sesi fotografi kami. Haha.













Fav photo. Masa otw nak balik chalet.



Macam program bermalam yang lain, malam akhir sentiasa jadi malam yang terbaik, yang terindah dan highlight untuk mana-mana event. Its BBQ night! Tapi BBQ night ni mula lewat dari jangkaan sebab semua orang berebut bilik air sebab tadi dan bercerau peluh jalan jauh-jauh dan tak selesa kalau tak bersihkan diri. Yang lelaki, dah tanya bila nak mula, lapar katanya. Masa hari-hari akhir dekat matrik pernah jugak buat BBQ, memang member lelaki yang incharge bahagian bakar-bakar ni. So, nak bagi cepatkan? Kita bagi diorang jugak yang urus bab bakar-bakar, yelah dah berpengalaman kan. Tapi diorang taktahu, barang dan ayam dekat mana. Eh, kitorang pun taktahu. So, ketuk lah pintu Pak Man, mintak ayam, pinggan, cawan, mengepit apa semua. Lepas settle hidupkan api, proses bakar pun mula. Nak bakar 3 ekor ayam, ini bukan sekejap lama. Masa tengah-tengah bakar, ada member ni datang cakap, 'weh, ni burger aku belanja, tapi kongsi-kongsi takut nanti kenyang pulak takda yang nak makan ayam.' So, makan burger dulu sebab nak lapik perut. Ayam habis bakar dah nak pukul 11. Kawan perempuan dah siapkan pinggan cawan dan air masa lelaki sibuk dengan ayam. Ada yang takbuat kerja sebab dah reserve nak cuci cuci.

Masa makan semua pulun makan ayam 3 ekor macaam dah tiada hari esok. Lepas tu sembang-sembang dan buat roundtable. Masing-masing cakap happy dengan vacation ni, berpuas hati. As one of yang uruskan perjalanan aktiviti, rasa terharu, bahagia sebab kawan-kawan semua gembira. Malam tu jugak buat confession night, bagitahu kalau ada tak puas hati ke selama ni, tapi Alhamdulillah, evrythings good. Dah settle, semua dah kenyang, ayam tak habis pun. Tapi takpa, boleh simpan makan esok pagi, so, simpan dalam pinggan elok elok, cuci apa yang patut dan masuk tidur. Eh tipu ja, bukannya nak tidur pun. Masuk berehat but then sambung sembang lagi sambil packing barang sebab nak balik esok pagi. Hihi. Lastly terlelap sebab letih je, kawan yang lain pun terlelap sebab dah takda orang nak sembang. haha.

DAY 3.

Lepas subuh masing masing dah kalut dengan beg masing-masing. Pagi tu gerak balik awal pagi sebab kawan ada hal nak settle. Call teksi pink > Jeti Pangkor > Feri > Jeti Marina > Manjung. Dekat manjung singgah rumah kawan kitorang yang tak sempat nak join vacation tu. Nak pergi ziarah je asalnya. End up mak dia masak mee goreng banyak gila, donut dan goreng keropok ikan. So, kitorang decide jadikan tu as lunch kitorang. Mee mak dia sedap sangat-sangat even aku tak makan mee, aku tetap boleh makan 2 pinggan hari tu. Sedih sangat nak berpisah sebab taktahu bila nak gather lagi. Last stop: McDonalds Manjung, FREE ICECREAM FOR EVERYONE! Dan masing-masing pulang ikut haluan masing masing. Penuh memori dengan kenangan kenangan yang baru dicipta.

Pesan penaja: Terima kasih sebab sanggup luangkan masa, join vacation ni, Alhamdulillah kita berja jimat. Terima kasih sebab tak banyak kerenah, boleh tolerate dan banyak beri kerjasama, saya sayang anda semua. Lepas ni boleh buat lagi, tapi saya faham yang semua akan sibuk dengan belajar. Goodluck in everything you're doing. Bagi yang tak sempat join, tak apa, lepas ni boleh tengok macam mana. Next vacation? Bukit atau Air? You choose. Salam sayang, Nazurah.

Comments